Monday 30 September 2013

AKU SUKA DIA - 1

           

“Hara, duit ada lagi, kan?  Umi tak dapat nak bagi Hara bulan ni.  Kereta rosak lagi,” keluh ibunya perlahan ketika mereka bercakap di telefon pagi tadi.


            Hara tidak mahu ibunya mengetahui keadaan masalah kewangannya di sini.  Duit yang dikatakan masih ada itu adalah duit pinjaman pelajarannya.  Tetapi duit itu masih belum diterimanya. Begitu juga dengan gaji dari pekerjaan sambilannya.

            Sebaik sahaja sesi kelasnya itu tamat, Hara segera keluar.  Dia berjalan dengan laju menuju ke tempat di mana terdapat mesin pengeluaran wang, ATM. 

Namun harapan hanya tinggal harapan.  Sistem komputer bank tidak dapat bertukar dengan sekadar harapannya yang kosong itu.  Kenyataannya, baki duit simpanannya memang menyedihkan bagi sesiapa yang melihatnya.  Malah boleh dikatakan amat memalukan sebagai seorang penuntut kolej ini.

            “Alamak! Dah lambat.” Dia melihat ke arah jam.

Kerana fikirannya melayang-layang, tanpa sengaja dia telah terlanggar satu pasangan.  Telefon bimbit si pemuda itu telah terjatuh.  

“Hurg!”  Berderau darah Hara melihat telefon mahal itu melantun ke lantai.
           
            “Buta ke?!” jerit si gadis kepadanya.

Hara tergamam seketika sebelum tersedar lalu menunduk untuk mengambil semula telefon bimbit tersebut.

            “Bang!”  Kepalanya dan kepala pemuda itu berlaga.
           
            “Argh!”  Mereka sama-sama mengaduh.

Rupa-rupanya mereka berdua berniat hendak mengambil telefon itu dalam masa yang sama.  Akibatnya kepala mereka bertembung.

            Ssorry.  Sorry,” ucap Hara.

Kepalanya yang sakit dipegang dengan sebelah tangan.  Pemuda itu tidak menjawab, sebaliknya hanya meneliti ke arah telefon bimbitnya itu.  Sambil sebelah tangannya sama seperti Hara.  Masih memegang bahagian kepala yang terantuk tadi.

“Kau tahu ni handphone latest model, kan?  Bayar!” sergah gadis itu lagi.

            “Gulp.”  Hara tertelan air liurnya sendiri.

            “Saya.. saya tak sengaja, saya…” Dia merayu.

Tidak mungkin dia mampu untuk membayar harga telefon bimbit itu.

            Thanks, sebab tolong saya," ucap pemuda itu.
 
           “Huh?” Hara dan gadis itu sama-sama terkejut.
 
           “Dia cakap thanks kat aku? Biar betul…” desis hatinya.

            “Sayang!”  Suara gadis itu mulai kuat.

            “Sebenarnya saya tak pernah sukapun phone ni.  So, kira awak dah tolong saya kali ni,” ujar pemuda itu lagi.

Sekali lagi dia tersenyum kepada Hara sambil dengan ringan, tangannya melemparkan telefon bimbit itu masuk dengan tepat ke dalam tong sampah berdekatan.


            “Hurg?” Hara tidak percaya akan telinga dan matanya.

“Sayang!” jerit gadis itu.
Pemuda itu langsung tidak mempedulikan jeritan teman wanitanya itu.  Sebelum berpaling pergi, dia masih sempat lagi mengenyitkan mata nakalnya ke arah Hara.
           Lara menghampiri tong sampah tadi.  Kepalanya dijengukkan ke dalam tong itu.  Terdapat banyak kertas slip daripada mesin ATM berdekatan di dalamnya.
“Sayangnya…” keluhnya sendiri.
            “Mesti boleh pakai lagi, ni.  Kalau rosakpun, mesti boleh baiki lagi.  Kenapalah diaorang mesti nak membazir?”
Teragak-agak, dia mengutip telefon itu lalu dibersihkan.  Dia berlari ke arah di mana pasangan tadi tuju. 
            “Betul ke dia buang phone ni sebab tak suka?” ragunya.
Sikap bongkak pemuda tadi kembali menjelma di mindanya.  Dia melihat ke arah telefon bimbit itu dengan sedih.  Lantas dia mencubanya dengan memasukkan kad sim miliknya ke dalam telefon itu.  Dia mahu pastikan ia benar-benar boleh digunakan.
            Yess!” Dia gembira.
Telefon bimbit itu nyata masih boleh berfungsi dengan baik. Biarpun ianya bukan miliknya, entah mengapa dia rasa bersyukur yang amat.
            “Alamak, kelas!”  Dia teringat tiba-tiba.
            “Mati aku, mati aku.” Perutnya terasa kecut.
Langkah Hara semakin melaju.  Ketika melintasi tepi kawasan meletak kereta pelajar, dia ternampak kelibat pemuda yang membuang telefon bimbit tadi. 
“Huh? Dia ke tu?” Dia menajamkan penglihatannya.
Pemuda itu kini sedang menuju ke arah keretanya.  Teman wanitanya tidak pula kelihatan ada bersama.
            Wait!  Awak!  Tunggu!” jeritnya sambil  berlari.
Itulah pilihannya.  Dia tidak mahu terus memegang telefon bimbit milik orang lain. Pemuda itu yang sudah sebelah kakinya berada di dalam kereta, segera berpaling ke arahnya.
 
            “Huh! Huh!” Nafas Hara termengah-mengah.
            “Awak cakap dengan saya ke?” Pemuda itu hairan.
           “Takdelah saya cakap ngan kereta awak.” Laju ayat itu dituturkan Hara.
Pemuda itu segera berwajah sinis. Seakan tidak berminat dengan lawak bodoh gadis yang tidak dikenalinya itu. Dia lantas berpaling untuk masuk ke keretanya.
           Thanks sebab tak salahkan saya tadi.  Tapi, nah, masih boleh pakai lagi.  Tak baik membazir.”
            “Kan saya dah kata…” Pemuda itu masih cuba beralasan.
            “Kalau awak tak nakpun, bagi pada orang,” potong Hara.
Melihat reaksi pemuda itu yang seperti tidak mahu menerimanya, Hara lantas meletakkan telefon itu ke dalam saku jaket pemuda itu.  Ternyata tindakan spontannya itu memeranjatkan pemuda tersebut.
           “Tanggungjawab saya dah selesai.   Sekarang terpulang pada  awak,” ujar Hara.
Lantas dia segera berpaling untuk pergi.  Setelah keluar dari kawasan letak kereta itu, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.
“Sim card aku!” Dia mula panik.
Serta merta langkahnya terhenti.  Apabila berpaling, kereta pemuda itu sudahpun mula berundur untuk keluar dari kawasan itu.
            “Aish!” Nyata dia kecewa dengan kecuaiannya sendiri.
Sekali lagi dia terpaksa berlari mengejar kereta itu.
            Stop!!” jeritnya.
Pemuda itu terpaksa memberhentikan keretanya dengan mengejut.  Hara berdiri betul-betul di tengah-tengah jalan sambil mendepakan kedua-dua tangannya. Ala-ala gaya Kate Winslet dalam filem Titanic. Bezanya, Kate membuat gaya itu di atas kapal mewah dengan cuaca dingin malam . Dia pula berada di tengah jalan, bawah cahaya matahari tengahari yang memancar terik.
            Yess!" Hara seronok kerana tektiknya berjaya.
            “Nak mati ke?!” jerit pemuda itu.
            “Siapa kata aku nak mati,” ngomel Hara sendiri.
Tanpa membuang masa, dia segera berlari menghampiri pemuda itu melalui tingkap kereta yang sudah diturunkan itu.
            Sorry, sorry.  Tadi saya test phone tu. Lupa nak keluarkan sim card saya balik,” terang Hara berpeluh-peluh.
            “Ambik sendiri,” ujarnya.
Hara terpinga-pinga tidak memahami.  Pemuda itu lantas menunjukkan ke arah tempat duduk penumpang di sebelah pemandu.  Tempat di mana telefon bimbit tadi di campakkan.
Hara berlari anak menuju ke arah pintu bahagian penumpang hadapan itu.  Apabila pintu kereta dibuka, dia terkejut kerana kedudukan telefon bimbit itu sudah berubah.  Kini ianya telah dialihkan ke atas dashboard berhampiran dengan pemandu.
            “Tadi bukan ke phone tu kat atas seat?” Dia merasa hairan.
            “Aku salah tengok kot.” Dia menyedapkan hatinya sendiri.
            “Cepatlah!” gesa pemuda itu.
Tidak ada pilihan, Hara terpaksa juga duduk di kerusi penumpang itu.  Tangannya cuba mencapai telefon bimbit terbabit.  Sebaik sahaja dia duduk, tiba-tiba pemuda itu telah menekan minyak keretanya.
           “Awak!” jerit Hara.













 
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday 23 September 2013

Novel Ala-ala Drama Korea - In The House!!!

 
Slm uolls...

Seperti yang penah kita debatkn kat dlm FB aritu, so nampaknya peminat K Pop menyokong 200% utk wujudkn Novel Ala-ala Drama Korea pertama di Malaysia (Boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah ni)

Er.. kepada yg tak tahu pasal kes ni, sila lawati my FB Julees Novelis. Pastu pakat-pakat LIKE ya, uolls huhu.

Tak faham? Hmm...
Ok, imagin tengok drama Korea tapi watak-wataknya cakap Melayu.
Ataupun, baca komik manga tapi dalam versi Bahasa Melayu gitu.

Ok, cerita dah ada. Nama watak pun dah ada. Pendek kata semua dah ada. Kecuali... jeng, jeng, jeng...
Tajuknya yg belum, uolls. Dah pernah ada tapi asyik tukar, tukar, tukar.
Sampai la lah dok lagu tu lagi haha.

So, sebelum aq dedahkan teasernya, aq nak MINTAK MAAF awal-awal kepada para peminat IDOL K POP sekalian alam.
Pls, pls, pls... jangan extreme kalau nama watak idol paberet uolls tak jadi watak utama, ok?

Cerita aq ni sekadar rekaan semata-mata. Tak ada kene mengena dengan mana-mana IDOL CUTE sekalipun.

Jika nama watak sama, itu sekadar kebetulan sahajaaaaaaaa. Orait? We good?

Orait, teasernya akan muncul tak lama lagi. Tunggu...

Saranghae.