Perselisihan faham yang telah berlaku di antara dirinya dan juga
keluarga pada malam itu, telah membawa kepada pertengkaran. Bagaimanapun itu bukanlah perkara baru bagi
keluarga mereka. Kerana tidak mahu terus berada di situ, dia lantas meluru
keluar dari rumah besar keluarganya itu.
“Ian!!” Namanya dipanggil.
Namun dia
sudah tidak peduli lagi. Enjin keretanya
terus dihidupkan lalu pedal minyak terus ditekan. Keretanya memecut laju keluar dari kawasan
kediaman mewah itu.
“Aaahhh!!” jeritnya.
Cuba untuk
melepaskan perasaan kecewanya.
Bunyi muzik yang berdetum dentam dari stereonya jelas
kedengaran hingga ke luar kereta. Perasaan
kecewa dan marahnya belum reda. Wajahnya
yang serius itu menggambarkan gelora di dalam dadanya.
“Aaahhh!!” jeritnya
lagi.
Jika ada orang ajak bertumbuk ketika ini, dia pasti tidak
akan menolak. Malah mungkin dia akan
merasa gembira. Dia memerlukan seseorang
atau sesuatu untuk dijadikan korban sebagai punching
bag untuknya. Setakat ini hanya
keretanya yang menjadi mangsa.
Kereta jenis BMW itu terus dipandu dengan laju, tanpa
sebarang arah tujuan. Malah dia kurang
pasti di manakah dia sedang berada. Atau
bagaimana dia boleh sampai ke situ. Yang
pasti dia tidak mempunyai sebarang kawan yang tinggal di kawasan ini. Kawasan yang berhampiran dengan kolejnya.
Akhirnya di hujung perjalanan itu,
dia telah hampir-hampir membahayakan nyawa dirinya sendiri dan juga seseorang. Kerana tidak fokus semasa memandu telah
membuatkan dia lambat sedar akan kewujudan bahaya di hadapan.
“Huh?!” Dia terkejut.
“Scree..eett!!” Brek kereta ditekan
mengejut.
Seakan dikejutkan dari mimpi, dia
telah mencuba sedaya upaya untuk mengelak sesuatu atau seseorang yang berada di
atas jalan raya itu. Kecekapannya
mengawal kereta berjaya dari mengelakkan keretanya berpusing-pusing atau
terbalik.
“Bang!!”
Keretanya berhenti
selepas memberi ciuman ringan kepada pembahagi jalan. Rasa bersyukur kerana terselamat membuatkan
dia terlupa akan api kemarahannya tadi.
Setelah menjenguk sebentar ke bahagian hadapan keretanya, dia segera pergi
mendapatkan gadis itu.
Tanpa di duga, itu rupanya adalah
gadis yang sama yang telah menyinggung dan menggores egonya sebagai seorang
kasanova tempohari. Pertemuan yang berlaku dalam keadaan yang agak pelik,
tetapi telah terjadi dan kini menjadi sejarah. Hujung pertemuan mereka yang
lepas itu terbayang di ingatannya.
"Tak nak tahu nama saya ke?" soalnya.
Dia merasa hairan kerana gadis itu langsung tidak bertanya tentang namanya.
Berbeza dengan gadis-gadis lain. Gadis yang sudah hendak melangkah, segera
berpaling semula.
"Pe.. perlu ke?"
soal gadis itu kembali.
Soalan gadis itu ternyata menghangatkan hatinya secara tiba-tiba.
Titisan hujan yang mula mengenai
lengannya membawa dia kembali semula kepada kenyataan. Kenyataan yang dia
hampir melanggar gadis itu.
“Dia ni lagi,” desis hatinya.
Gadis itu kelihatan
gementar sekali. Biarpun sedar yang
dirinya turut bersalah kerana memandu laju di kawasan sebegitu. Namun apabila melihat gadis yang tidak
berdaya melawan itu, dia telah mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya.
“Ian, teruk betul kau ni,” kutuknya sendiri.
Seperti orang yang sakit dihulurkan
ubat, dia mendapat idea nakalnya. Gadis
itu akan dijadikan mangsa keadaan.
“Too
bad, kau muncul depan aku salah masa.
Dah sekarang kau bakal jadi punching
bag aku,” bisik hatinya.
Secara paksa, dia menahan gadis itu bersamanya. Biarpun pada awalnya, dia sendiri terkejut
dengan apa yang sedang dia lakukan.
“Kau gila, Ian. Habis
tu sekarang apa?” soal dirinya sendiri.
“Just wait and see,”
balas satu lagi suara dalam dirinya.
Sedangkan,
kalau nak ambil kesempatan melepaskan marah, boleh saja dia menjerit dan
menengking gadis itu di situ juga. Tidak
perlulah dia bersusah payah. Malah
terpaksa pula mengangkat dan mengangkut basikal milik gadis itu bersama.
Mahu kata dia perlukan teman
bercakap buat sementara, boleh saja sebenarnya dia mencari kawan-kawannya itu. Lebih-lebih lagi sekarang mereka mungkin
sedang berada di kelab bersama gadis-gadis jelita.
“Kenapa aku mesti buang masa dengan
perempuan ni?”
“Perempuan yang hmm.. not my taste.”
Namun anehnya, fikiran dan kelakuannya tidak sehaluan. Biar tidak logik sekalipun, dia merasa
gembira dan puas melakukannya.
Bagaimanapun, selepas beberapa lama mendera mental gadis itu,
perasaannya tidak seseronok seperti yang dibayangkan sebelum ini. Malah dia mula merasa bersalah pula.
Agak lama juga masa dia terpaksa ambil untuk menjernihkan
fikirannya. Bagi memikikan apa yang
patut dilakukan selepas ini.
“Apa kau buat ni, Ian?”
“Itulah, kalau kau blah awal-awal tadi, tak delah perkara ni
melarat sampai sekarang.”
“Now what?”
Dia terus berdailog bersendirian. Ketika
itu dia meninggalkan gadis itu tersebut berseorangan di dalam
keretanya. Manakala dirinya pula, asyik berdiri
duduk di bahagian belakang bangunan kedai serbaneka stesyen minyak itu.
“Alang-alang dah berlakon suruh dia bayar, tak kan tiba-tiba nak
kata tak payah bayar pulak. Macam senang
benar, aku ni.”
“Tapi…”
“Betul ke airmata
dia tadi? Ke berlakon macam aku jugak?”
“Tapi suara ngan tangan dia real punya menggeletar tadi.”
“Tangan dia.. luka-luka.”
Sesi berbahas bersendiriannya masih berjalan di tepi dinding
yang agak malap cahayanya itu. Nasib
baik orang tidak ada ramai orang yang lalu lalang di situ. Maklumlah cuaca sejuk macam sekarang
ini. Kalau tidak pasti orang akan
memandangnya dengan pelik.
“Kalau orang tengok, mestikata aku gila dok kat sini
hujan-hujan ni.”
“Nak kata merokok, aku tak hisap rokok.”
Dia sememangnya sedang duduk bangun dalam gelap itu seorang-seorang. Tanpa berbuat apa-apa. Hanya berfikir, duduk bangun dan
mengeluh. Seolah-olah masalahnya itu
masalah besar sangat-sangat.
“Tink!!”
Ideanya
sudah datang. Kini dia melangkah ke
kereta dengan senyuman. Sebelum itu dia
masuk ke dalam kedai itu untuk membeli beberapa barang.
Sebaik sahaja menghantar gadis itu pulang dengan selamat, dia
terus memandu untuk pulang ke rumahnya pula.
Tetapi keadaan dan cara pemanduannya kini berlainan sekali dengan cara
pemanduannya sebelum bertemu dengan gadis itu tadi. Pendek kata, sebelum kemalangan tadi.
Tadi dia asyik memecut dengan lajunya. Kini pula adalah sebaliknya. Fikirannya melayang mengingati gadis bernama
Hara itu. Tanpa sedar dia membawa kereta
ala-ala orang yang sedang berdating.
Sebaik memasuki rumah, semua penghuninya sudahpun masuk
tidur. Secara otomatik, dia kembali
teringat akan kejadian pada petang tadi.
Pertengkaran yang kini membuatkan hatinya kembali panas.
“Tink!!”
Ideanya
datang lagi.
“Hara.. Hara…”
Kemudian
satu senyuman nakal terukir pada bibirnya.
“Hara.. kau terpaksa aku jadikan
mangsa sekali lagi. Sorry.”