Perkahwinan campur antarabangsa dan budaya ibu Lara iaitu Tina dan bapa tirinya, Sang Woo sekaligus telah menemukan Lara dan Minho. Minho adalah anak tunggal kepada abang Sang Woo iaitu Min Woo dan isterinya Yushin. Ketika itu Lara berusia tujuh tahun dan Minho enam tahun. Setelah Lara diletakkan di bawah jagaan Puan Mijin sekeluarga, hubungan dua orang kanak-kanak itu serta merta menjadi akrab.
“Kembar.”
Itu adalah panggilan jiran tetangga kepada mereka berdua. Masakan tidak, mereka hanya berpisah ketika waktu persekolahan sahaja. Selebihnya, Minho umpama bayang-bayang kepada Lara dan begitu juga sebaliknya. Yushin yang sememangnya menginginkan seorang anak perempuan, membahasakan diri dan suaminya sebagai omma dan appa kepada Lara. Jarak umur setahun di antara mereka telah membuatkan Lara seronok menggunakan kuasa sebagai ‘kakak’ pada ketika itu. Perasaan mendapat adik sepupu segera, seumpama mendapat mainan idaman baginya. Patung Barbie yang ada dalam koleksi, langsung tidak dihiraukan lagi.
“Panggil saya noona,” arah Lara.
Noona adalah panggilan hormat lelaki kepada wanita yang bermaksud kakak.
“Tak nak.” Minho nyata berdegil.
Namun begitu selain ingkar arahan Lara dan keluarga agar memanggil Lara sebagai ‘noona’, Minho menurut apa sahaja kehendak Lara yang lain. Begitu juga dengan tiga lagi teman-teman Minho iaitu Yonghwa, Shin dan Jihun. Mereka hormat dan patuh kerana menganggap Lara sebagai ketua mereka. Tetapi semuanya mengikut jejak Minho, tidak pernah sekalipun memanggilnya noona.
Masa terus beredar dengan pantas. Mereka berdua sama-sama meningkat ke alam remaja. Entah bagaimana bermula, peranan antara Lara dan Minho sudah bertukar. Minho pula yang lebih banyak mendominasi kehidupan seharian gadis yang paling rapat dalam hidupnya itu. Anehnya, Lara yang memang dikenali sebagai gadis yang sikapnya agak lasak, seakan merelakannya. Sikapnya berubah mengikut arus perubahan sikap Minho.
“Lav.”
Dengan selamba dan tanpa persetujuan terlebih dahulu, Minho menukar nama panggilannya terhadap Lara. Kerana itu, Lara membalasnya dengan memanggil Minho juga dengan gelaran yang baru.
“Mine.”
Akan tetapi nama-nama panggilan itu hanya mereka gunakan ketika berduaan sahaja. Akhirnya keakraban dan perasaan sayang antara Lara dan Minho sudah terlajak keluar daripada had yang sepatutnya. Pengakuan Minho yang memohon cintanya sebelum Lara berangkat ke Milan dahulu telah mengesahkan perasaan antara mereka yang entah sejak bila wujud.
“I love you too.” Lara mengaku.
“I love you more,” balas Minho.
Hubungan yang bermula hanya sebagai sepupu tiri itu telah melarat dan membawa mereka berdua mengenali perasaan cinta, cemburu dan rindu. Keluarga tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Adat orang Korea yang tidak menerima cinta sesama sepupu telah diabaikan oleh Sang Woo yang berfikiran kebaratan. Dengan sokongan dan pujukannya, ahli keluarga lain terpaksa menerimanya juga. Keluarga sebenarnya berharap jarak dan waktu akan mengurangkan kegilaan dua remaja itu. Memudarkan perasaan yang mereka berdua mungkin keliru antara sayang sebagai saudara sepupu dengan perasaan cinta. Malangnya keadaan menjadi sebaliknya. Ketika kali terakhir Lara pulang bercuti ke sini dan Minho pula bakal menyertai agensi hiburan, keluarga sekali lagi gempar.
“Apa?!”
Minho mendesak untuk mengahwini Lara dan meminta keluarga membenarkannya. Bimbang kejadian buruk akan berulang sekali lagi, keluarga tidak ada pilihan lain. Mereka terpaksa bersetuju sekali lagi.
Atas permintaan Lara, perkahwinan itu tidak didaftarkan. Perkahwinan mereka menjadi perkahwinan tanpa lesen. Minho terpaksa bersetuju dengan syarat itu. Dia tahu Lara berbuat demikian demi masa depannya sebagai bakal idol. Dunia tidak boleh tahu yang dia sudah berkahwin. Netizen dan anti fan sekarang adakalanya boleh mengalahkan penyiasat profesional dalam mengorek rahsia seseorang idol. Selain itu, dia dan Lara juga akur dengan syarat yang ditetapkan oleh keluarga.
“Hahaha!”
Dalam ketawa, dia dan Lara berjanji tidak akan tidur bersama. Tidak selagi usia belum cukup matang untuk memikul tanggungjawab perkahwinan yang sebenar-benarnya.
************
Keluarga Puan Mijin menyambut kepulangan Lara dengan gembira sekali. Sudah pasti juga dia turut dileteri oleh mereka semua kerana kegemarannya yang suka pulang ke Seoul secara mengejut.
“Ala, Lara bukan budak kecik lagi, dah besar.”
“Sebab dah besar tu lah yang kena jaga,” omel neneknya. Mereka saling melepaskan kerinduan masing-masing. Sekurang-kurangnya rumah itu tidaklah terlalu sunyi dengan ketiadaan Minho. Anak muda itu sudah terlalu lama tidak pulang bercuti ke rumah ini.
“Bila nak start kerja?” Yushin bertanya.
“Hmm.. dua tiga hari lagi,” balasnya.
“Cepatnya. Rehat la dulu. Tak penat ke?” Yushin menggelengkan kepalanya.
“Kerja tu tak lari kemana. Bukan nak kerja ngan orang pun,” tambah Puan Mijin.
“Ala rehat lama-lama pun bukan boleh buat apa,” jawab Lara perlahan.
Yushin dan ibu mertuanya saling berpandangan. Mereka segera faham akan maksud di sebalik kata-kata itu. Lara pastinya merasa kesunyian kerana Minho, Yonghwa, Shin mahupun Jihun tidak lagi dapat menemaninya seperti masa lalu.
Lara berehat di teritori khas dia dan Minho. Ruang rehat yang terletak di bahagian atas rumah. Tempat kegemaran mereka berdua dan juga tiga sahabat yang lain apabila mereka berkumpul di rumah ini. Kerinduan kepada mereka berempat amat dirasai di saat dia bersendirian di sini.
“Huh...” Dia mengeluh berat.
Biarpun masa dan keadaan sudah berubah, namun bagi Lara, ianya masih seperti baru semalam segalanya berlaku. Seperti ternampak pada pandangannya akan kelibat mereka berempat berkumpul di situ. Seakan terdengar-dengar gelak ketawa mereka apabila bergurau senda sambil menonton rancangan yang diminati bersama.
“Mana kau orang?”
Ternyata masa telah mendewasakan mereka semua malah turut memisahkan mereka dengan kesibukan jadual kerja masing-masing. Budak Lelaki Kegemaran Lara kini sedang berada di negara matahari terbit, iaitu Jepun. Kumpulan idol K Pop yang disertai oleh Minho dan empat lagi rakannya bakal mengeluarkan single dan video klip versi Jepun yang baru. Dia pasti lagu mereka itu nanti sekali lagi bakal mengusai Carta Oricon iaitu carta lagu-lagu popular negara Jepun.
“Keluar single, album, promosi, berlakon, mengacara, konsert, berlakon iklan, menjadi duta jenama-jenama terkenal, bla bla bla...”
Lara membilang jadual kerja Minho yang seakan tidak ada waktu rehat langsung.
“Kesian dia.”
Malah adakalanya kerja-kerja itu dibuat dalam masa yang sama dalam satu hari. Tidur selama tiga jam sahaja adalah biasa. Waktu tidur yang paling lama bukan di atas katil. Sebaliknya di tempat duduk di dalam van atau ketika dalam penerbangan. Kesibukan anak muda itu sebagai ahli kumpulan idol lelaki K Pop yang terkenal serta sebagai pelakon muda yang sememangnya digilai ramai, amat membataskan pertemuan antara mereka berdua.
“Mahalnya harga yang aku kena bayar sebab bagi dia jadi idol.”
Casino & Resort: What is it, and how does it work?
ReplyDeleteCasino & Resort is the most iconic gaming and 거제 출장마사지 entertainment destination 아산 출장샵 in Las Vegas. 제주도 출장마사지 As a 시흥 출장샵 casino resort, we offer over 150 구미 출장마사지 gaming tables